Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Suami’

Tengahari ini, aku akan pulang ke England. Alhamdulillah, dah tamat tempoh sebulan lab training aku di bumi Perancis ini. Memang banyak yang aku telah belajar di sini. Dan tanpa aku sedari, aku telah jatuh cinta dengan negara ini. Cuma, masalah komunikasi itu yang sedikit menyukarkan. Sedikit demi sedikit aku belajar bahasa Perancis, melalui buku, iPhone, internet, kawan-kawan di sini, juga melalui pesekitaran (e.g. peta, masyarakat setempat, label, papan tanda, radio, tv, surat kabar).

Namun, kalau diberi pilihan, aku tak mahu pulang ke England.. sebaliknya, aku mahu ke Doha. Mahu bersama suami tercinta di sana. Aku terlalu merinduinya. Hari-hariku suram dan sepi tanpa suami di sisi. Dan, besyukurlah kalian yang sentiasa diberi peluang menatap wajah suami setiap hari. Janganlah ada jemu di hati.

“Ini pengorbanan yang perlu kita tempuhi sayang,” kata suamiku. Ya, memang pengorbanan itu besar maknanya. Kalau pengorbanan itu terlalu mudah, tidaklah dipanggil ‘pengorbanan’. Pengorbanan sememangnya memerlukan kesabaran, kecekalan dan kekuatan. Pengorbanan adalah juga untuk membuktikan betapa kita sanggup lakukan apa saja untuk yang tersayang..

“Bekorban apa saja, harta atau pun nyawa. Itulah kasih mesra, sejati dan mulia….”

Untuk menjadi bukti kasih yang sejati, itulah tandanya jika mahu diuji..

Walaupun berjauhan, suamiku sentiasa dekat dalam hati ini. Setiap hari, dia tidak lupa mengirimkan SMS atau menelefon aku. Bertanyakan kabar, menggerakkan aku solat subuh, mengingatkan aku untuk berhenti rehat dan makan tengahari, dan juga untuk mendengar rintihan hati aku. Ibarat sang kekasih yang sedang hangat bercinta lagaknya. Perkataan kasih, sayang dan cinta, tak pernah lupa dituturkan.

Tapi, adakalanya hati seorang isteri ini berasa amat sunyi. Ada ketika aku begitu mendambakan kehadiran dia di sisi ku. Pada ketika aku sangat tertekan, aku mahu berbaring di pangkuannya dan bekongsi masalah. Aku mahu dia membelai dan mengusap lembut rambutku sambil membisikkan kata-kata semangat padaku. Hakikatnya, momen indah sebegini, tidak selalu aku perolehi.

Oleh kerana terlalu dihambat kesepian hati, aku mengharapkan kehadiran cahaya mata. Namun, mungkin masih belum rezeki kami. Aku pasrah dan tak pernah jemu berdoa untuk lekas-lekas mendapat zuriat. Aku benar-benar mengimpikan anak-anak yang comel dari hubungan kami ini.

Abang, ayg terlalu menyayangimu. Segeralah pulang dan mendakapku. Jangan tinggalkan ayg terlalu lama begini. Tidak tahu sama ada ayg mampu menahan gelodak jiwa ini untuk tempoh 6 bulan atau lebih. Keadaan ini benar-benar menguji kita, sayang.

Read Full Post »