Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

WeDdinG PhOto CoNtEst by LyNn HaMzAh

Sekali lagi aku nak join blog contest ni..hihihi.. saje-saje, melayan perasaan. Hari kawin adalah hari yang paling berbahagia dalam hidup aku dan tentunya semua orang kan.. Sesiapa pun boleh join, just click kat link atas gambar banner atas ni ye. tapi, dateline hari ni lak..so, cepat-cepat…

Ni gambar yang paling aku suka.. (walaupun semuanya pun aku suka.. 😉

Lupa lak nama pasangan ni: Faris Zainal dan Farah Idrus

Berkahwin pada 30 Mei 2009 (summer time).

Kenapa gambar ini dipilih: hmm.. gambar ini diambil semasa majlis menyambut menantu di rumah mertua di Tanjung Malim. Dan, last minute decision, bila our OP tanya nak ambil gambar outdoor tak? pastu, terus aku cakap, nak ambil kat stesen ketapi..hihi.. tak sangka hasilnya sungguh menarik.

Tu je la entry tuk contest kali ni. Enjoice..

Read Full Post »

Daisypath Anniversary tickers

Read Full Post »

Saja nak masuk contest Lady in red giveaway ni… kawanku Emilia yang suggestkan..Sesapa pun boleh masuk, dateline 9 Januari 2010. Untuk maklumat lanjut, sila lawati blog empunya contest di link ini: http://firahadifa.blogspot.com/2009/12/lady-in-red-giveaway.html

Ini gambar yang dipertandingkan (chewahh..)… Sebenarnya memang byk gambar2 in red ni..so, susah nak pilih.. selebihnya, boleh le tgk kat bawah2 ni..

Red is daring

Bukan apa, actually aku memang sangat suka warna merahKenapa aku suka merah? mungkin ini antara sebabnye kot:

1) Merah itu lambang keberanian

Nampak cam berani n garang kan...hehe..

2) Merah ada class tersendiri

Class A ni

3) Merah lambang cinta yang membara

Dalam hati ada cinta

4) Merah itu menawan

Handbag merah yang menawan

5) Merah dapat menyerlahkan penampilan dan menambah keyakinan

Penuh Yakin amik gambar kat sini sorang-sorang

6) Merah dapat menceriakan hariku

Ceria bersama kak lela

7) Merah membuatkan suamiku senang nak cari aku kalau hilang kat soping complex

Tengah liat bershopping nih

8) Merah juga membuatkan aku sentiasa nampak muda dan anggun jelita..hehe..

Nampak muda sangat seperti kanak-kanak riang pulak

Kalau tak percaya merah itu special, takde la banyak company guna sebagai warna rasmi mereka e.g. AirAsia (penerbangan slalu delay), etc.

Kapal terbang AirAsia dan adikku

Banyak juga lambang2 corporat mahupun bukan corporat menggunakan warna merah. Lepas tu, cuba tengok kelab2 bola sepak dunia, banyak guna warna merah kan, macam Liverpool, Manchester, etc. Dan kalau perasaan, kebanyakan bendera negara2 di dunia ni ada warna merah…

Bendera Malaysia

Jadi, memang terbukti merah itu menawan dan ada gaya!


Read Full Post »

Katak hijau

Katak hijau

Katak hijau

Read Full Post »

Dia

Tiada kata dapat diluahkan

Kenangan indah

Untuk menyatakan perasaan ini kepadanya

Dia amat bermakna buatku

Dia membuatkan siangku sangat indah

Dia membuatkan malamku sangat bahagia

Namun, kadangkala dia juga membuatku geram

Dia juga menimbulkan ragu dihati

Dia juga membuatku cemburu

Walau apapun dia, aku tetap menyayanginya

Bersaksikan bintang dan bulan

Aku bersumpah setia dengannya

Selagi hayat dikandung badan

Selagi dia tidak mengkhianati cintaku


Dialah cintaku…..

Duniaku

Duniaku

Sayang kamu

Sayang kamu

Read Full Post »

KES PERTAMA : 12-13 Oct. 2009

 

  • 12 Oct. – Buat external and internal scans. Doktor sahkan kandungan dalam rahim dah gugur. Saiz kandungan 5.3cm panjang, 3cm lebar.
  • 13 Oct. – Buat D&C.  ini adalah pengalaman pertama aku masuk OT. Nervous toksah cakap le. Macam2 le dok pikir. Before operation, baru call mak, minta maaf sebab merajuk ari tu, dan minta mak doakan semuanya selamat. Mak lak cite pengalaman masa mak buat D&C tuk anak pertama dulu.  Mak cakap, sakit macam diberus2 je dalam rahim kita..huhh… buat aku rasa lagi gerun. tengah2 cakap ngan mak tu, nurse datang cakap dah masa tuk ke OT.
  • Dah tukar baju operation, aku pun dibawa ataas katil ke OT. Masa melintas ruangan menunggu kat luar wad tu, aku lihat suami ku tertidur keletihan di atas kerusi kat ruangan menunggu tu. Alahaai, siannya abang.. tapi, aku tersenyum lega melihatnya di situ.
  • Sebelum di bawa ke OT, terlebih dahulu kena masuk bilik menunggu. Kat sini nurse n midwife bertugas akan check details kita dan tanya sama ada kita yang tandatangan borang itu ini. Derang juga tanya sama ada aku ada pakai apa2 barangan kemas, jam, or pape je yg metal even kalau ada masuk besi dalam badan, e.g. kaki or tangan ke. Bila dah berpuas ati, barulah di sorong masuk ke Anaesthetic Room (pesakit hanya sedar takat sini je. sebab lepas masuk bilik ni, kompom le dah tak sedarkan diri kan.)
  • Dalam Anaesthetic Room, aku agak berdebar tengok dalam 5 orang doktor menunggu aku. pastu, siap pakai gloves, pegang jarum, etc. “Gulp..”     Sambil buat kerja, doktor2 tersebut akan terangkan apa yang derang buat satu persatu dan apakah kesan yang akan aku rasa.
  • Mula-mula aku dipasang macam-macam wayar le. lekat kat dada aku je dah ada 3-4 wayar, katanya tuk monitor jantung aku. Pastu, kat tangan kanan lak, dah di pasang alat tuk amik blood pressure yang akan otomatik pump every 2 minutes aku rasa.
  • Dah pasang2 semua alat tu, barulah anaesthetist mula bekerja.  “Firstly, I will inject you with the strongest dose of pain killer and this will make you dizzy.” Lalu anaesthetist tu pun inject le pain killer tu tru tiub kat vein kat tangan kiri aku tu. Pergghhh… Lepas kena inject je, aku mula rasa kepala dan mata aku berpinar-pinar. Pastu doktor sebelah kanan yang dok catat mende ntah, dia tengah tanya2 aku, tapi aku dah tak dengar sangat apa yang dia tanya. aku hanya dengar dia tanya, ” Have you already dizzy?”
  • Lepas tu, sorang lagi doktor/midwife pump oksigen lak tru mulut dan hidung aku…aku di suruh tarik nafas dalam2 tuk sedut oksigen tu… gatai2 muka aku, sampai aku menepis2 pump tu..huhhu… tapi tak lama pun.. Time ni, aku seperti ternampak bayangan aku, suamiku, masing-masing memegang seorang baby. Mereka semua tersenyum padaku seolah-olah berkata, “BE STRONG!”   Kemudian mereka pun semakin jauh dan jauh dariku.
  • Bila aku dah tenang, takde gatai2..dah selesa ngan oksigen tu..  Lalu anaesthetist pun menjalankan tugasnye lagi. Kali ni, katanya dia akan inject aku dengan general anaesthetic yang mana akan membuatkan aku otomatik blank bagai tidur yang sangat nyenyak tak terganggu. Memang betul pun, elok je abis kena inject, pandangan mata aku yg dah berpinar2 tadi terus gelap dan that’s it… aku tak sedarkan diri dah..
  • Bila aku terjaga je, aku dah berada di recovery room. yang lawaknye, aku ingat yang aku tengah operation lagi, dan anaesthetist tu bagi tak cukup dose ke sampai aku dah terjaga ni.. Dengan amat payah aku membuka mata dan, bertanya dengan suara yang perlahan pada nurse yang jaga aku. “Has everything done?” Dan dengan tersenyum nurse tu jawab, ” Yes my dear, everything done. Don’t worry. You’re in the recovery room now. BTW, do you feel any pain?”   Aku hanya mampu menganggukkan kepala.. memang terasa sakit kat perut aku. Pastu nurse bagi lagi pain killer with water.  Dalam sejam aku terbaring kat situ, bila keadaan aku makin stabil, barulah aku dipindahkan balik ke dalam wad.
  • Masa masuk wad, suamiku dah bangun, dia tengok je aku tak berkelip.. sampai le aku senyum dan lambai sikit tanganku yg masih lemah kat dia.. Baru le dia bangun dan ikut aku masuk wad.
  • Setelah sejam berehat, doktor yang buat D&C tadi pun datang. Dia cakap, 90% dah setel la kes aku ni. Sample dari sel keguguran tadi telah dihantar ke makmal patologi untuk dibuat kajian sama ada ianya products or clots. Dan doktor juga cakap, “Very sorry for your lost. Be strong ok.”
  • Malam tu, dalam kul 9 aku dah leh balik rumah. ni yang tah pape spital sini, lepas operation, hari tu jugak le suh balik berehat kat rumah. Tapi suh datang balik lepas 2 hari tuk buat blood test tuk nak pastikan hCG level aku semakin menurun.

 

KES KEDUA : 15 – 16 Oct 2009

 

  • 15 Oct – aku datang hospital semula, buat ujian darah dan doktor check perut lagi.
  • 16 Oct – pagi-pagi lagi, jam 9 pagi, telefon rumah aku berdering. Suami aku angkat, pastu dia panggil aku. Panggilan tuk aku. Panggilan dari hospital rupanya. Doktor terangkan tentang blood test result semalam. Doktor cakap, ada sesuatu yang pelik dan meragukan mereka. Katanya, agak hairan juga bila selepas keguguran hCG level aku masih naik berganda seperti sedang pregnant lagi. Makanya, doktor membuat andaian mungkin aku juga ada ectopic pregnancy. So, dia suh datang ke hospital dengan segera, before 11.
  • Aku terangkan pada suami apa yang doktor cakap.. Dan kami memang agak bingung jugak..tapi ikut je la cakap doktor. Cepat2 siap, dan call teksi. Kami sampai di hospital kul 10.30 am.
  • Nurse tempatkan semula aku di katil aku dulu.. Pastu minta aku Nil by mouth lagi. Aku memang le dahaga giler time ni. Nurse nampak bibir aku dah kering2 merekah-merekah, terus dia pasangkan tiub kat tangan kanan aku (macam aritu), dan masukkan air garam dalam badan aku. Dah kali ni ke mana2 aku kena bawak tiang beroda tu (sama mcm time aku kena denggi dulu la).  Kul 2 pm aku, di bawa pergi scan. kali ni, suamiku ikut. Cuma masa nak buat internal scan tu, suamiku kena tunggu kat luar. Sebelum buat internal scan, aku kena buang air kecil (kosongkan bladder).. nurse le yg temankan aku sampai dalam toilet..haha..
  • Kali ni aku bleeding banyak balik.  Lepas scan, aku diberitahu yang ada pregnancy sac dalam Fallopian tube kanan aku. Kandungan dah sebesar 5.4cm dan selebar 3.2cm. Masa ni, aku terdiam…sahlah aku memang ada ectopic. Then, aku dibawa balik semula ke wad.
  • 15 minit lepas tu, doktor pun datang. Dia confirmkan yang memang aku ada ectopic. Dia cakap, aku perlu lakukan laparoscopy operation tuk buang ectopic tu sebelum dia membesar dan bakal membahayakan nyawa aku. Aku ingatkan dia nak buat bila, rupanya ‘SEKARANG’ !!  Panik aku dibuatnya.. Lepas berbincang dengan suami, kami pun stuju dengan apa yang doktor cadangkan. Then, seperti aritu, segala anaesthetist, and so on, datang le terangkan prosedur itu ini, dan aku pun kena tandatangan itu ini.
  • Tepat pukul 3 pm, aku sekali lagi di bawa ke OT. kali ni aku dah tau apa yang bakal aku lalui. Dan perkara yg sama juga aku nampak masa aku sedang mamai.. tapi kali ni, hanya ada suamiku, aku dan hanya seorang baby yang sedang aku pangku… Dan kali ni, muka aku dan suami agak sedih, tapi baby aku tersenyum berseri-seri pada aku yang sedang terbaring ni. Dan sekali lagi aku nampak baby aku dibawa pergi jauhhhhh dari aku. Tanpa aku sedari, rupanya aku menangis time ni. Dan terus aku tak amik tahu apa yang doktor nak buat kat aku..
  • Sedar-sedar je, dah ada kat recovery room. Dan aku tengok jam, dah kul 7.30pm… wah, lama juga.. lepas tu, aku kena dok lama sikit dalam recovery room.. dekat kol 9 baru aku dibenarkan balik semula ke wad. Masa aku terjaga tu, aku terasa sangattttttttt sakit kat bahagian bawah perut aku. Seperti ada jarum-jarum dalam perut aku dan terasa menyucuk bila aku gerak even sikit je. Nurse bagi aku pain killer.. lepas 15 minit dia tanya sakit lagi tak. memang sakit nye tak de beza pun..aku masih terasa sakit. pastu dia bagi lak satu dos morfin… lepas 15 minit dia tanya lagi, sakit lagi ke? aku cakap, sakit… so, lagi skali pain killer… pastu aku malas nak gerak, aku pejamkan mata je.. lepas operation memang le sakit kan.. sakit kali ni, aku leh cakap, 4x  or mungkin berganda  kali sakit dari buat D&C aritu.
  • Sampai je kat wad, suami aku sedang menunggu aku. kali ni aku dah tak mampu tersenyum. Aku rasa sangat-sangat sedih. suami aku actually dah gi jumpa doktor yang operate aku tu tuk tanya condition aku. So, dia tahu la yg tiub belah kanan aku telah dibuang (sepanjang 10cm) kerana telah rosak.  Tiba-tiba aku merasa aku dah cacat.. anggota dalaman aku dah tak sempurna..
  • Aku sedih sangat time ni… Aku menangis tiba-tiba. Aku dah tak peduli sakit kat perut aku ni. Suami aku cuba menenangkan aku. tak lama pastu, aku kembali tenang. Suasana jadi hening seketika. Dua-dua mendiamkan diri. Then, aku tanya kat suami aku satu soalan.  “Abang, kalau apa-apa jadi kat i, kalau i tak mampu nak lahirkan abang zuriat, adakah abang akan tinggalkan i? Adakah abang akan cari pengganti yang lain?”   Suami aku takmo jawab soalan aku, dia hanya jawab, “Yang, kan abang dah cakap aritu.”   Aku jadi tak menentu, seingat aku, dia takde cakap pape pun. So, aku paksa dia jawab secara penuh depan aku sambil menangis-nangis lagi.   Agaknye dia kesian, atau rasa terpaksa, ntah le, aku pun tak tahu, suamiku pun jawab, ” Sayang, cinta abang tak akan pudar pada sayang walau apa pun yang terjadi pada sayang. Abang bersumpah tak kan cari yang lain. Biarlah abang dan sayang hidup selamanya hingga ke akhir hayat. ”      Lepas dia dah jawab tu, barulah aku rasa tenang sikit… dan terus aku terlelap. Dan aku terasa suamiku menciumku berkali-kali di dahi, mata dan bibirku.

Read Full Post »

—> continue from the last post…

 

Semalaman aku tak tido menahan sakit. Tepat je pukul 6 pagi, aku dah tak leh tahan, aku call NHS… then, doktor yang jawab tu arrange kan appointment tuk aku kat RSH Hospital kul 9.30am!!! dia suruh aku took paracetamol tuk tahan sakit… Aku yg memang jenis tak amik paracetamol (NOTE: paracetamol will cause heart dysfunctional and can lead to death), terpaksa amik with some meal (of course) but, vomited a few minutes after that.

 

Kak ida skali lagi terpaksa drive kan kereta tuk aku (thanks Maz pinjamkan kereta) ke hospital. Kali ni, doktor check and tekan2 perut aku… pastu doktor cakap, dia tak berapa suka nak bg pain killer sebab aku tengah preggy… Dia suggestkan aku direct pergi ke A&E kat GH..  Sesampai di GH, tiba giliran aku, doktor dah tanya2 itu ini, pastu dia bawa aku ke main operation ward… aku time tu ingat tak leh bawak kawan or family masuk.. dan ingat kejap je… so, aku bg le semua barang2 aku kat kak ida dan kak ida pun tunggu je kat luar… pastu, masuk je dalam tu… nurse asked me to change for hopstial dress.  pastu punya la lama tunggu nurse or doktor.. then datang la sorang nurse ni minta aku baring atas katil tuk amik suhu and blood pressure then injected me with pain killer…tangan kanan aku (kat pelipat tangan atas siku) dicucuk masuk jarum dan tiub khas and it remained there..sakitttt…. pastu aku pun di bawa ke wad satu lagi..pastu, kat situ aku pun menunggu le lagi ngan penuh debaran… pastu datang sorang doktor, namanya aku ingat lagi, DR. Riyadh.. dia tanya aku itu ini, and by the same time, sorang nurse ni amik my blood samples (3 tubes).. sakit wooo… pastu, nurse ni agak careless, sampai memancut2 darah aku kluar dan meleleh kat tangan and spilled on the floor and bed spread.. aku dapat rasakan kepanasan darah yg meleleh kat tangan aku… then, doktor tanya aku lagi and then check kat perut aku…tekan2 sana sini… pastu dia cakap, dia akan rujuk kes aku ke gynecology unit and early pregnancy unit… lepas tu aku kena tunggu lagi, sementara blood samples aku diproses… time menunggu ni, aku rasa sangat nak terkencing…aduhhh….. aku dah le tengah weng sebab baru kena inject ngan pain killer… i thought with the strong dose sebab after a few seconds je, sakit dah kurang…but, i made me dizzy. aku tunggu le mana2 nurse yang lalu tuk aku panggil.. sampai aku dah duduk sebab aku tak leh tahan kalo baring… pastu, ada la ambulance attendance datang, aku cakap le, boleh tak aku nak gi toilet… dia cakap, tunggu jap dia panggilkan nurse..tapi nurse semua busy… pastu aku ckp, tak yah tunggu nurse la sebab aku rasa aku leh jalan gi toilet… pastu pakcik tu pun pimpin aku gi toilet, takut kang aku jatuh tergolek ke kan… lepas kuar toilet, tengok kak ida masuk.. kak ida cakap kalo lambat lagi, dia nak balik rumah dulu…aku cakap le, yg aku tak tau apa doktor nak buat pasni… pastu, ambulance attendances n nurses datang dan suh aku baring atas katil tu.. aku ngan kak ida blur2 la…ni nape tunggu aku depan toilet pastu suh baring lak.. pastu aku diikat atas katil tu (tuk elak aku lari dari wad….hahaha…) actually tuk di bawa atas ambulance…takut kang ada yg tergolek bila ambulance jalan..

 

kak ida tanya kat nurse tu, nak bawak aku gi mana lak nih… nurse cakap, aku perlu ditransfer ke Princess Anne Hospital (hospital sakit puan) yang sebenarnya depan GH je… tapi kali ni, aku minta permission tuk bawak kak ida skali..senang pape jadi, ada org sihat yg temankan aku… AND this is my first time experience naik ambulance as a patient… sebelum ni aku penah naik ambulance, masa study kat tganu dulu, tapi temankan islah yang nak kena pergi GH… hmmm… best gak naik ambulance..tapi, kejap sangat, dalam 5minit je..huhhu… then, aku pun di bawa ke Level H, Bramshaw Ward, Gynecology Unit..

 

Kat sana, aku kena tunggu lagi…tapi dalam 10-15 minit je… (typical situation in the hospital…). pastu, datang la sorang doktor perempuan (tak ingat nama dia). Dia tanya either aku rasa sakit lagi or not.. of course le dah kurang sakit sebab tadi dah inject ngan pain killer… pastu sekali lagi perut aku di tekan2.. (aku pun wonder jugak, kalo dah byk kali perut aku kena tekan, adakah ini penyebab keguguran kandungan aku??? sebab menurut suami kak farah, DR. Muhammad, waktu preggy jangan le dok slalu ‘usik’ perut, dikhuatiri akan menyebabkan keguguran) pastu, doktor cakap, dia perlu buat gynae examination and then she took some swab samples inside my vagina.  Aku mula2 rasa malu, malas nak cite, sesapa yang pernah buat gynae examination, tau le apa nak kena buat kan… lepas abih tu, skali lagi nurse amik blood sample, katanya, nak buat test lagi skali… kali ni cucuk tangan belah kiri lak…adoii…sakit le kena cucuk sana sini… last skali, aku kena bagi urine sample.  lawak je sebab aku mintak air kak ida tuk boleh kan aku cepat2 buang air..

 

pastu, doktor cakap, aku leh balik rumah..so, dalam kul 3pm, baru le kluar spital.. walau bagaimanapun, doktor bagi direct contact number ward tuk aku call, if aku rasa sakit-sakit lagi or bleeding makin teruk… aku ni, bila sampai spital je, terus rasa sihat..tapi, bila balik rumah, sakit pun rancak le datang balik.. lepas kuar spital, fikiran aku becelaru…tambah2 lagi bila doktor cakap ada 2 kemungkinan tuk kes aku ni… 1) threatened miscarriage, 2) ectopic pregnancy… well, both option scared me a lot… buat aku jadi pressure, depress and agak emotional gak le..  my husband keep in texting me all the time since I told him I was bleeding.  tapi, lepas kuar spital, aku nak sangattttttttt dia ada by my side during this hard time. mula-mula dia cakap, tengok la keadaan camna, dia mungkin susah nak dapat cuti  tambah lagi baru lepas cuti. ni dah buat aku makin depress n sedih.. then, aku called my mum.. lagi buat aku sedih dan marah sangat2, bila mak tak nak cakap ngan aku…mak ckp, mak busy nak gi attend open house. bayangkan le perasaan aku.. time tu aku tengah makan kat rumah kak ida, makan bihun sup dengan terketar2.. pastu, all of sudden, my tears burst out..dah tak leh tahan, lama dah aku tahan since start sakit… aku slalu nangis kalau berkaitan keluarga aku je, e.g. suami, mak, abah..  aku pun merajuk ngan mak, aku cakap, mak lebih pentingkan open house kawan mak tu dari anak mak yg sedang sakit ni… terus pastu, aku reject all calls from my mum and didn’t reply any of her text. and it applied to my husband too..huhh…. kira merajuk betul2 la ni…

 

Lepas makan, aku terus gi baring.. aku rasa takmo jumpa ramai org dan layan orang tanya dah ok ke tak.. sebab aku tengah sangat tension dan sedih…pertanyaan camtu buat aku lagi sedih.. aku dok bebaring dalam bilik kak lela sorang2.. pastu, tanpa sedar aku menangis semahu2nya sampai aku tertido.. bila mood aku dah ok sikit, baru aku bangun n gi mandi.. tiba2 aku tengok bleeding lagi, kali ni with clots.. waaaa….. aku nangis lagi time tengah mandi.. tak tau nape aku rasa seolah2 aku dah kehilangan baby aku time tu… bengkak2 dah mata aku nangis… dah kul 7 lebih, baru aku ada mood sikit nak reply my husband’s texts. sian lak aku kat dia, tak patut aku buat camtu kat dia.. tapi, nak wat camna… husband aku cakap, dia dah called his boss and dah terang condition aku, then apply for emergency leaves (about a week camtu, initially).. Aku cakap kat suamiku, kalau dia tak datang by tomorrow, biarlah aku balik n dok rumah sorang2… pastu, tak yah amik tau apa jadi kat aku..huhhhh…. bunyik cam ugutan lak.. Ampunkan ayang wahai suamiku sayang… takde niat pun nak ugut or marah abang, tapi, keadaan masa itu sangat menekanku..

 

Suamiku suh aku call hospital and tanya pasal blood clots tadi. aku sebenarnya malas and dah rasa sangat lemah tuk ulang alik ke spital lagi. tapi, kerana hormatkan suami dan jugak risau, aku call jugak.  as expected, nurse yg jawab call aku tu suh aku datang ke hospital dengan segera. nak tak nak, terpaksa aku skali lagi menyusahkan kak ida and pinjam kereta Maz tuk ke hospital lagi. So sorry kak ida, tau kak ida masih penat sebab baru balik dari US, plus kak ida kena jaga 2 orang yang sakit (aku and kak lela). kali ni, aku bawa le pakaian2 yg wajib2 je, in case kena tahan wad ke kan.. dah sampai wad, seperti biasa, nurse check blood pressure, body temperature, pastu amik blood samples lagi.. then, kena cucuk lagi jarum n tiub kat lengan belah kiri lak (setelah tak berjaya cucuk kat tangan belah kanan (atas jari jemari) aku, siot sakit)… pastu, malam tu, aku di tahan dalam ward supaya senang dibuat pemantauan.  dan ini merupakan kali kedua aku dok dalam wad, kali pertama time kena denggi dulu. Wahhh…wad kat uk jauh berbeza dan baik kualiti keunggulannye… aku rated sebagai 1st class emirates flight cabin je… nak tau nape, why not give it a try…hahaha…. cuma tak bestnye, dok dalam keadaan sakit ler..

 

 

Read Full Post »

Older Posts »